Sunday, June 8, 2008

Menu Makan Malam Minggu

Simple yet delicious dish for our weekend dinner ;). Bon Appetite!
From Left : Sardin Goreng Mek Ace~, Kerabu Taugeh & Kacang Botol and Telur Dadar Bawang Banyak.. heheh..

Sardin Goreng Mek Ace~



Memasak sardin adalah seperti biasa cumanya goreng ikan sardin sehingga garing ala hangus gitu terlebih dahulu seperti gambar di atas and add banyak bawang besar. Memang kelas!

Kerabu Taugeh dan Kacang Botol


10 – 15 biji kacang botol yang di hiris nipis
Segenggam Taugeh

Bahan A :
1 batang serai di potong kecil
1 sudu teh lada hitam
1 inci belacan

Bahan Lain :
5 ulas bawang merah
2 ekor ikan sardin fresh yang boleh di dapati di pasar basah atau pasaraya (but, I actually use 1 ekor ikan selar kuning)
3 cubit/3 sudu besar kelapa parut putih di goreng sehingga kekuningan
Garam secukup rasa
1 biji limau nipis (untuk dapatkan air asam limau)
5/6 sudu besar santan (ikut tahap kelembapan)

Cara – Cara :
  1. Didihkan air di atas api dan masukkan kacang botol yang telah di hiris dan taugeh sehingga masak, tapi make sure jangan sampai layu.
  2. Toskan dan letak di tepi.
  3. Tumbuk Bahan A dan ketepikan.
  4. Bakar ikan di atas api dan di ambil isinya sahaja.
  5. Tumbuk bersama bawang merah, isi ikan yang telah di bakar tadi dan ketepikan.
  6. Tumbuk kelapa parut yang telah di goreng tadi sehingga sedikit lumat but jangan sehingga ia menjadi kerisik.
  7. Pour Bahan A into a large bowl.
  8. Mix together with #5.
  9. Next, put in #6.
  10. Add salt for taste and asam limau nipis.
  11. Masukkan santan to the mixture.
  12. Finally, letakkan the taugeh and kacang botol from #1.
  13. Gaul hingga sebati.
  14. Ready to be served.

Chocolate Cake with Ganache


Kek Coklat Kukus

Bahan A :
1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan B :
¾ cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 cawan susu segar perisa coklat
½ cawan susu pekat manis
1 cawan minyak sayuran

3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila

Cara – Cara :

  1. Ayak Bahan A.
  2. Masukkan Bahan B ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati dan larut.
  3. Pukul telur sehingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko tadi.
  4. Masukkan esen vanila.
  5. Masukkan sedikit demi sedikit tepung ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati.
  6. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan marjerin atau lapik dengan kertas minyak.
  7. Tutup loyang dengan aluminium foil.
  8. Kukus selama 1 jam atau lebih di dalam kukusan yang telah mendidih airnya.
  9. Angkat dan sejukkan.
Chocolate Ganache

Ingredients :
200ml Whipping Cream
200gm Cooking Chocolate (Cut into small pieces)

Directions :
  1. Heat whipping cream to boil.
  2. Add the cooking chocolate.
  3. Heat until cooking chocolate melts.
  4. Pour into cool shell and refrigerate until set.